-->
sejarah sana sini

Pages

  • Home
  • The owner
  • TIPS MENJAWAB SPM
  • TV TUTOR SPM
  • MUAT TURUN
  • LATIH TUBI

Thursday, 16 May 2013

Soalan Esei Bab 5 Tingkatan 5



ni admin nak share2 kat korang semua jawapan utk soalan esei tingkatan 5 . Actually , ni la soalan prikse ptengahan tahun untuk sekolah kami hari tu . selamat mengopyy :)

 Soalan esei
1. Sistem Ahli merupakan cetusan idea Dato’ Onn Ja’afar hasil perbincangannya  dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur pada tahun 1950.

a) Huraikan  4 ciri-ciri Sistem Ahli.(8 markah)
  Sistem Ahli mempunyai beberapa ciri antaranya satu sistem cabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri. Pelantikan Ahli juga dibuat oleh Pesurhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada Sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu yang tiganya terdiri daripada melayu ,cina dan india  dan empat orang Pegawai British. Ahli-ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

b) Apakah tanggungjawab setiap  anggota dalam sistem Ahli.(6 markah)
  Tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli adalah menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut berdasarkan dasar-dasar yang sedia ada. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Mereka turut berbincang dengan pegawai-pegawai Kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama.

c) Terangkan kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara.(6 markah)
  Kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara ialah Sistem Ahli menjadi tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan di Persekutuan Tanah Melayu. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Tanah Melayu.

2. Pakatan Murni merupakan usaha yang dicapai oleh semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan.

a) Apakah usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murnii dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.(10 markah)
    Usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee(CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang. Seterusnya,pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1951. Selain itu, penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malay Party(IMP). Langkah seterusnya, penubuhan Persidangan Kebangsaan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom MacDonald(Gabenor Jeneral  Asia Tenggara) di King’s House , Kuala Lumpur. Parti perikatan juga mengadakan Konvokesyen Kebangsaan bersama MCA.

b) Terangkan tiga hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni.(6 markah)

    Hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni adalah Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority(RIDA) pada bulan Oktober 1950.Tujuan  penubuhannya adalah untuk memajukan ekonomii dan pendidikan masyarakat luar Bandar terutama kaum Melayu. Pengerusi pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Seterusnya , Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu . Bagaimanapun ibu atu bapanya tellah menjadi rakyat Tanah Melayu. Akhirnya , pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

c) Jelaskan empat manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955.(4 markah)
    Manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidkan ,menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan , menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.

3. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi simbol persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

a) Apakah yang anda faham dengan Suruhanjaya Reid?(4 markah)
      Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.Suruhanjaya ini telah dibentuk pada bulan Mac 1956 .

b) Jelaskan lapan isu  yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.(8 markah)

      Isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan . iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Pemohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.  Kedudkan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama islam sebagai agama rassmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.  Akhir sekali, pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

c) Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955. Jelaskan penyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.(8 markah)

    Berdasarkan pengetahuan sejarah , Parti Perikatan telah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 julai 1955 dalah disebabkan  manifesto pilihan raya diterima oleh semua kaum. Seterusnya , sikap bertolah ansur parti-parti komponen yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya.Selain itu, kebijaksanaan pemimpin melaksanakan perundingan dengan British. Kesanggupan kaum lain untuk berkongsi kuasa politik. Factor lain adalah kesepakatan penduduk Tanah Melayu untuk menolak Parti Komunis Malaya. Akhirnya, semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar.

credit to blog Panitia Sejarah SMKDPB

                                   

OPPPSS ! sebelum terlupa , nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk seluruh guru-guru di MAlAYSIA ! ♥


sincerly by Unknown tepat jam 03:22 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 27 January 2013

TIPS BERTEGUR SAPA :)



bismillahirahmanirahim :) cuaca kat daerah Pontian hari ni hujan , sejuk2 gitu berlatarkan lagu "Kim Jong Kook - Men Are All Like That" . kekeke xD
baiklah sudah baca tajuk right ? hari ni admin nak menaip sikit , nak share2 tips bertegur sapa especially dgn orang yang first time kite jumpe . Jom , jom , jom ! :D
TIPS BERTEGUR SAPA

 SAY HAI /ASSALAMUALAIKUM / ETC.
okayy , bagi memulakan suatu perbualan kita mesti ye mesti SAY HAI /ASSALAMUALAIKUM/ETC . kenapa ? yelaa , kita kn nak bertegur , nak beramah mesra , mesti la say hai . kan nampak sopan gitu . aumm ♥♥ ~ so nanti takkn adalah dialog  mcm ni kalau korg tibe2 je tegur TANPA say hai  .
"ehh budak ni , dh la tak beri salam or something . tibe2 je -__-"
 TANYA SOMETHING 
after korg dh samasama say hai tanya la ape2 . Nama ke , sekolah/ kerje mane ke , umur brape ke , yang paling osemm "awak , FB or Twitter awak ape ehh ? kite nak add/follow awak laa :D" heheh . memandai je admin ni . tapi seriusly , ini osemm ! 


 BAHASA DIRI 
fiuhhh , hampir terlupa >< oookaaaayy . korang kene bahasakan diri korang sebagai SAYA . senangkan . tapi kalau korg nak try guna kata ganti nama lain pn boleh , tak dosa pn . nak guna PATIK ke , TUAN HAMBA ke ? *weirdo* haha :DD next , bahasakan orang yang korang nk bertegur tu sbagai AWAK . 

"hai awak , dah makan ? saya dah :DD" <-- gedikgedik =='

 GUNA BAHASA SENANG DIFAHAMI
korang gunalah perkataan senang orang nak faham . kalau tanya soalan tu , soalan yang senang nak jawab . jangan tanya macam ni 
"awak , Gunung Kinabalu umur dia dh brape tahun ?" 
pehhh , tak berpeluh orang tu nak fikirr ? dah kene google kejap semata-mata nak cari jawapannya .

 BUAT LAWAK
time perbualan korg tu masukkn sikit lawak2 kurang bijak . yelaaa , boring gop asyik cakap something tanpa lawak jenaka HAHA kn ? admin memang jenis kalau bercakap tu mesti buat lawak tak bijak . kadang2 tu ngarut je . heheh . 

"Tunggu , Ini semua POYO ! xD"

orait la si Cantik dan si Hensem . ni sahaja tips yang admin dapat share . minta maaf kalau ada terkasar bahasa okayy . tak semua manusia sempurna :) 

 hope korang mcm Patrick ni . heheh ^^v





sincerly by Unknown tepat jam 02:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Pengikut A+

TUAN TANAH YANG COMEL XD























ASSALAMUALAIKUM !

SELAMAT DATANG KE BLOG SEJARAH SANA SINI .

BLOG INI KEPUNYAAN 7 ORANG BAKAL TOKOH SEJARAWAN MUDA IAITU :

♥ NUR NAZIHAH ZUANI
♥ ATHIRAH SYAZANA AZMAN
♥ SYAKIRAH SA;ADEK
♥ NUR AQILAH AZMI
♥ SYAMSYIMA MARJONO
♥ NUR AINA ARINA RAZALI
♥ NURULHUDA ABDUL AZALI
♥ FATIN SYAZWANI MD FU'AD

KAMI HARAP BLOG INI MAMPU MEMBERI INFORMASI YANG BERGUNA KEPADA ANDA|| SEMUA :DD





Pemandangan di Bandar Eropah

bigbang - blue

Lyrics | Bigbang lyrics - Blue lyrics

About Me

Unknown
View my complete profile

Jengah Sinii ^^

  • PANITIA SEJARAH SMKDPB
    9 years ago
  • SMKDPB Kluster
    9 years ago
  • Welovehistory
    Skema Jawapan Soalan Kertas 3 SPM
    12 years ago
  • Wake Up History
    Rujukan Kertas 3 Revolusi Pertanian
    12 years ago
  • History Rocks!
    End
    12 years ago

Blog Archive

  • ▼  2013 (2)
    • ▼  May (1)
      • Soalan Esei Bab 5 Tingkatan 5
    • ►  January (1)
      • TIPS BERTEGUR SAPA :)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (9)
    • ►  July (1)

MySpace-Countdowns
Spinning Orange Star With Falling Stars 4
PENAFIAN:

Admin Sejarahsanasini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox versi 3 ke atas atau Internet Explorer versi 7 ke atas .
hak cipta terpelihara - sejarahsanasini. Powered by Blogger.